Monday 29 May 2017

Filled Under: ,

Jambatan Seri Wawasan


Jambatan Seri Wawasan terletak di sebelah Barat Putrajaya, penghubung di antara Presint 2 dan Presint 8, serta memudahkan perjalanan merentasi Tasik Putrajaya. 

Jambatan ini mempunyai struktur menarik dan mempunyai nilai estetika tinggi serta kelihatan kontemporari, di mana reka bentuk kabel-penyangganya diilhamkan daripada keindahan sebuah kapal layar yang meregang ditiup angin. 

Jambatan ini merupakan jambatan jalan raya pertama di negara ini yang dibina berasaskan teknologi kabel-penyangga terkini dengan jumlah panjang 240m dan lebar 37.2m. 

Tempoh masa pembinaannya dari tahun 2000 sehingga 2003. Jambatan ini menjadi simbol kemampuan rakyat untuk mengharungi arus perubahan serta menyumbang merealisasikan wawasan Malaysia.

Info :

Jambatan Seri Gemilang ini merupakan penghormatan kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad di mana beliau benar-benar tertarik dengan sebuah jambatan klasik iaitu Pont Alexandre III di Paris, Perancis.

Pereka bentuknya telah menyahut cabaran untuk membina Jambatan Seri Gemilang setanding sebagai ‘kembar’ menakjubkan kepada jambatan di Paris itu yang mempunyai ciri-ciri seni bina dan kemasannya halus yang mempesonakan para pengunjung terutamanya kepada perwakilan yang menghadiri berbagai persidangan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya. Tempoh pembinaan jambatan ialah pada tahun 1999 sehingga 2003, dengan panjang 240m dan lebar 35.1m.

0 comments:

Post a Comment