Monday 12 June 2017

,

Taman Wetland Putrajaya

Wetland Putrajaya juga merupakan taman wetland buatan manusia pertama di Malaysia. Taman Wetland terdiri daripada Taman Wetland (138 hektar) dan kawasan sekitar wetland (1977 hektar).

Wetland mempunyai menara pemerhati setinggi 18 meter, nurseri tanaman, denai semula jadi, kolam flamingo, kawasan berkelah serta tarikan menarik yang lain.

Pelawat juga boleh mendapatkan maklumat di pusat pemuliharaan wetland dan kepentingannya kepada ekosistem di Putrajaya. 


Thursday 8 June 2017

,

Dataran Gemilang Putrajaya

Dataran Gemilang ialah plaza berbentuk bulat yang terletak di penghujung selatan Persiaran Perdana.

Dataran yang menempatkan kolam mandi dengan dekorasi air terjun yang sememangnya sesuai untuk dikunjungi oleh orang ramai.

Uniknya dataran ini, lokasinya yang terletak di tengah-tengah bulatan jalan untuk menuju ke PICC.

Tuesday 6 June 2017

,

Cruise Tasik Putrajaya


Kunjungan ke Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan tidak lengkap sekiranya tidak menaiki Cruise Tasik Putrajaya yang menawarkan peluang suasana keindahan sebenar Putrajaya menerusi pelayaran menyelusuri tasik seluas 650 hektar.

Diuruskan oleh Marina Putrajaya Sdn. Bhd. (MPSB), Cruise Tasik Putrajaya menawarkan harga sebanyak RM30 bagi dewasa dan RM20 bagi kanak-kanak dengan pelayaran yang mengambil masa selama 45 minit di dalam cruise berhawa dingin dan sangat selesa.


Laluan Cruise
  • Masjid Putra
  • Istana Darul Ehsan Palace
  • Jambatan Wawasan
  • Monumen Millennium Monument
  • Istana Kehakiman
  • Jambatan Putra

Harga Tiket :

Rujuk web : http://www.cruisetasikputrajaya.com
,

Astaka Moroccon Putrajaya



Astaka Morocco (Moroccan Pavilion) yang tersergam indah yang terletak di Taman Botani Putrajaya ini pastinya akan memukau setiap pengunjung dengan seni bina Morocco yang begitu cantik.

Astaka Morocco yang berkeluasan kira-kira 0.8 hektar itu dibina pada tahun 2003 hasil cetusan idea mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sewaktu persidangan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Putrajaya ketika itu.

Memiliki keluasan binaan kira-kira 18,000 meter persegi, ia berfungsi sebagai pusat pameran seni bina Islam kontemporari dari Maghribi dan merupakan replika kepada kota Al-Hamra yang ada di negara berkenaan.

Monday 5 June 2017

, ,

Jambatan Seri Gemilang Putrajaya


Penghubung utama di antara Pulau Utama (Presint 4) dan Presint 5, jambatan ini terletak di sebelah selatan Persiaran Perdana. Dikategorikan sebagai jambatan istiadat, Seri  Gemilang ialah satu mercu tanda di Putrajaya yang menjadi jalan masuk utama ke Pulau Utama dari arah selatan bagi pemandu kenderaan dan pejalan kaki.

Struktur Jambatan

Jambatan ini dibina dengan rentangan utama sepanjang 120m dan dua rentangan di kedua hujung sepanjang 60m menjadikan panjang keseluruhan 240m. Ia mempunyai jalan raya dua hala tiga lorong dengan kepanjangan 10.5m setiap satu berukuran 3 x 3.5m  lebar bagi setiap lorong. Aras pelantar berukuran antara RL 34m pada zon penampan hingga RL 36.75m di tengah jambatan.

Ciri-ciri istimewa jambatan ini termasuklah:
  •     Tiang jerejak dibuat daripada batu pratuang
  •     Lampu yang direka khas
  •     Menara yang direka khas

Tempat Popular