Sunday 28 May 2017

Filled Under: ,

Taman Saujana Hijau


Pastinya mempesonakan seakan anda berada di salah sebuah taman di Eropah 

Taman Saujana Hijau terletak di Presint 11, Putrajaya yang berkeluasan 47 hektar dikelilingi rimbunan pepohon subur dan pokok pain iaitu dikategorikan tumbuhan gymnosperma yang menghiasi kawasan bukit-bukau, pastinya mempesonakan seakan anda berada di salah sebuah taman di Eropah. 

Gimnosperma bermaksud tumbuhan vascular yang tidak berbunga tetapi mempunyai biji yang terdedah dan tidak ditutup oleh ovari. 

Tumbuhan ini hidup di zaman Jurassic, berjuta-juta tahun yang lalu dan saintis sering memanggil tumbuhan ini sebagai ’fosil hidup ’ atau living fossils.

Cerun bukit dan tanah berteres yang dikekalkan serta laluan taman yang berliku-liku menjadikan taman ini mempunyai nilai tarikannya yang tersendiri. 

Apabila berdiri di tengah-tengah antara dua bukit ini, pengunjung akan kelihatan dua bukit itu seperti lengkuk biola.

Jangan lepaskan peluang menikmati keindahan suasana matahari terbenam yang sungguh menakjubkan. 

Taman ini sesuai untuk bersiar-siar bersama keluarga sambil menjalankan aktiviti riadah.

Ia merupakan kawasan yang luas di mana seseorang memerlukan lebih daripada satu jam untuk benar-benar meneroka dan menghargai keindahannya. 

Terdapat 3 astaka di sekitar taman ini yang berkonsepkan Inggeris, Oriental dan Eropah. 

Puncak tertinggi taman ini terletak di Astaka Eropah. Memandangkan taman ini adalah sebahagian daripada bukit-bukau di Presint 11, ia menawarkan kawasan pemandangan di mana pengunjung boleh melihat hampir 360 darjah persekitaran Putrajaya. 

Kebanyakan mercu tanda boleh dilihat dari sini.

0 comments:

Post a Comment